Sunday, September 2, 2012

set mata

selalunya bila orang tidur lambat mesti akan bangun lambatkan...
tapi 
bila mata dah biasa bangun awal mata tetap akan buka juga tepat pada masa...
macam malam tadi aku tidur pukul 1.30 malam sebab tengok cite korea..
tajuk??
Chilwo the mighty...
cite best gak la..
sebab??
1st.... dia epic korea...
2nd.... hero dia eric shihwa....
cite tu tahun 2008...  10 tahun shihwa...
aku tak tah pulak yang eric tu berlakon....
past ni aku nak cari lagi cite apa yang dia belakon...
1 lagi yang aku suka pasal cite ni sebab....
2nd hero dia adalah Yoo Ah In....
aku tak bape nak cam a masa mula2 aku tengok...
macam familiar je muka watak tu...
aku pun cari la info pasal cite tu sebab nak tahu cite ni tahun bila....
huhuhuhuhu.....
muka dia masa muda2....
dah melalut lak....
back to main topic...
pasal mata tadikan..
walaupun aku tidur lambat tapi aku masih set jam 4.30 pagi...
nak tengok mata aku boleh terjada ke tak...
walaupun agak gagal tapi masih terbuka gak..
kunci jam 4.30 tapi aku terjaga kul 5.00 pagi kot tak pun awal lagi...
sebab lagu j-min (ost to the beautiful you) dah panjang sangat kat telinga aku..
hehehehehehe......
dalam masa yang sama aku lelap balik...
tepat 6.40 aku jaga balik nak solat subuh la plak..
bila dah bangun solat memang tak ada maknanya la aku nak tidur balik..
mata tak ngantok dah.....
tak kisah la petang2 kang mesti aku tidur balik...
hehehe...
dah la aku nak out ni..
aku nak baca komic...
nak cari skip beat punya manga kat mangahere.com...
see you... (^_^)....


Saturday, September 1, 2012

hari ini

erm.. hari ni aku dah setahun tanam anggur kat umah nie...
bosan?..
jangan tanya la tahap gaban dah ni...
raya ari tu aku call k.intan....
rindu 2 rindu gak la... tp aku suggest kt dia jom buka taski...
insya-Allah 2 atau 3 tahun ni akan jadi..
aku nak kumpul modal dulu...
aku nak wat part time yang aku tengok tu....
aku kena mula cepat....
bulan ni jugak aku kena buat....
secepat mungkin...
okay la aku xtahu nak tulis apa lagi...
aku nak update blog yang dah setahun aku tak update..
nak wat update pasal hana kimi.....

Saturday, August 25, 2012

mula dah

aku dah mul bosan kt mh mlm nie.. 
kenapa?? 
sebab aku dengar benda yang bosan... 
apa lagi... 
hal rumah tangga la.. 
masalah terbaru..... k.ju lak.... 
kenapa la semua ni aku kena dengar bila orang datang raya ni.... 
bosan...
bosan.....
bosan.... 
semua ni kena tengak diri dulu.... 
kena duduk meja bulat rasanya baru betul.... 
masa aku tengah tulis ni aku terasa meremang lak... 
keluar dari topik sekarang sebab aku nak keluar sekejab gi... 
mungkin kot...
kalau aku still meremang ni aku masuk bilik je la.... 
andai aku ada earphone mesti aku dah sumbat telinga aku nie.... 
dengar lagu korea best gak.... 
erm.. sebut pasal lag korea aku nak cari ost to the beautiful you a.k.a hana kimi korean version...
baru 4 episod....
tunggu 12 episod lagi.....
sekarang aku nak out dulu...
sambung kemudian.....
see you next post....

Saturday, August 11, 2012

fikir sebelum bertindak...

kata orang tua2  kalau kena nak buat sesuatu pikir dulu sebelum bertindak.. memang betul pun...kalau kita tak pikir sebelum buat sesuatu tu yg jadi tak puas hati tu... yela... nak wat satu keputusan bincang dulu... fikir apa baik buruk kalau kita buat macam tu... ni tak dah la buat keputusan sendiri... past tu bila cakap nak melenting je.. tapi yg tegur punsalah gak... nak naik suara je... bsan betul aku tgk... penat dah tgk semua ni...ha...sekarang ni aku tgh pikir kalau aku tak keje tahun depan... aku proceed ngan plan B aku... aku nak mintak tolong kak intan nie.... tgk camne....aku harap aku lepas ngan SME nanti....kalau dapat UTHM pun best gak... dapat duk johor.. huhuhuhuhu.. berangan je la ko.... abaikan semua... yang penting... tahun depan  aku nak buka RHB bank tuk saham tu... past tu boleh la pikir nak selesaikan semua...

Friday, August 10, 2012

raya 2012

tinggal seminggu je lagi nak raya...
tapi aku macam takde rasa nak raya...
aktiviti raya tahun ni...
-sembahyang raya,pergi kubur abah dan balik kg...
benda yg sama aku buat tiap tahun..
tak kira la raya puasa ke raya haji..
tahun ni memang aku tak rasa nak raya...
macammalas je aku nak balik kg tahun ni..
tahun ni mungkin ke mak ajak pegi pahang n selangor lagi..
sebab??
tu la rumah adik beradik arwah abah...
tah la...
sepupu sebelah sana jgn tanya aku..
sebab aku memang tak kenal...
plan lepas raya??
aku nak pst byk2 surat nak kerja...
aku nak buat part time online (tanpa pengetahuan sesiapa..)
tp nak bukak bank mybank dulu...
past tu nak bayar duit PT yg aku pinjam tu...
belas ribu tu nak bayar...
nak selesaikanlesen kete aku..
nanti senang aku nak kuar kete sendiri..
leh la aku jalan sampai kelantan(zak), terengganu(yhe),pahang(k.intan...)..
past tu patah balik ke selatan(johor-laily,eca ngan sara)....
aku nak susun plan aku baik2....
tak sabar nak selesaikan semua....

Wednesday, August 8, 2012

old friends

huhuhuhu...
hari ni aku nak cite pasal old friends...
ada 's kat belakang tu..
maknanya ramai la...
memang ramai pun..
kawan masa aku kat SEMENDA dulu..
sebenarnya aku dah lama lost contact ngan diorng..
fb ada pun yg guna gak..
aku yg offline sbb malas nak on9.. tak rajin...
aku baru je on9 baru2 nie (tiba2 rajin lak..)..
td jiha pm aku...
dia mintak alamat besa la dekat raya nie...
nak anta kad raya la...
past tu nak anta kad kawin lak..
rupanya kawan aku ramai yg dah tunang and nk kawin tahun ni..
aku kisah ke??
persoalan?? tak ada jawapan..
sebab?... aku tak tahu pun dirong nak kawin..
kalau dirng jemput pun lum tentu aku pergi sebab??
tak rasa nak pergi... apa la nak jadi dengan aku nie...
member aku kat STAR pun ada yang nak kawin yg dah kawin pu ada..
aku tak tau pun..
mmg aku ni tak amik tahu pasal org agaknya...
tgk la nnt..
sape yg jemput aku mgkin pergi... mgkin tak..
tgk la masa tu macam mane...
byk benda aku nak pikir lagi....
aku nak capai goal aku dalam 2 tahun nie..
tak banyak masa ni... setahun dah terbuang...
k.intan.... tolong la adikmu ini....
buat rakan2 kat UiTM Melaka..
aku ridu korang....
k.intan,zek,eca,laily,sara and yhe....
bila la aku boleh jumpa korang nie...

Friday, July 27, 2012

cinta dan perkahwinan

erm... cinta dan perkahwinan.. 2 perkara yang memang akan ditanya pada anak gadis bila berusia 20 keatas.. bagi aku tu soalan yang paling aku taksuka dan menyampah sangat. sebab apa?? sebab aku tak caya dengan 2 perkara tu. dua-dua memerlukan pengorbanan yang besar serta kita kena fokus. erm... aku belum bersedia untuk semua tu aku baru 24 tapi bila anak sedara aku yang baru 22 tahun tu dah kawin buat aku sakit telinga sebab sepupu aku ada yang tanya pasal benda 2 and ada yang kata aku kawin lagi 3 tahun. argh.. tak hingin aku.. banyak yang aku nak capaidulu.. aku nak cari kerja nie.. banya benda yang aku nak buat kalau aku dah keje.. sekarang nie aku nak cari duit je dulu.. tengah cari modal nak wat business. aku nak ajak k.intan sekali.. aku mungkin baca novel cinta, tengok cite cinta tapi aku tak rasa aku benda macam tu akan wujud dalam diri aku... aku nak rapatdengan lelaki mungkin senang tp nak rapat lebih memang tak pat la.. aku kawan dengan budak lelaki memang tak akan lama..aku nie dah la jenis yang cepat bosan dengan sesuatu. sebab tu la aku rasa aku tak sesuai dengan 2 benda tu. andai kata suatu hari nanti tuan empunya tuan kepada tulang rusuk kiri (aku la tu) yang patah ini muncul. berharap la dia boleh cairkan hati aku, boleh buat aku kut cakap dia, boleh patahkan setiap ayat yang keluar dari mulut aku and yang paling penting dia tahu batas yang ada. erm... ada ke  lelaki macam tu sekarang nie? dalam cerpen ngan novel je kot lelaki macam tu.. bia la.. malas aku nak pikir.sekarang nie nak fokus pada diri sendiri je.. biarlah aku macam nie.. hehehehe... wait and see ye....

Thursday, July 26, 2012

kisah ramadan

hari ni dah masuk hari yang ke 6 umat islam berpuasa tapi aku baru 1 hari.. hehehehe.. gelak baiknya kan tapi rugi aku tahun nie baru je sekali aku g terawih kat masjid dah tak pat nak pegi lagi.. erm... bosan betul duk umah malam2 bila bulan pose nie... sebab bosan aku mulakan hobi baru iaitu menulis cerita (mungkin boleh la cakap novel). aku buka blog baru guna email rasmi aku then aku taip la apa yang ada dalam otak aku. baru je lagi. baru 2 kali aku post sebab aku tak nak kembangkan ayat macam mana.

hari ni gak aku rasa sangat pelik kerana apa, aku sendiri pun tak tau. macam nie, malam tadi aku ada mimpi something and aku terjaga sekejab tapi tak buka mata, aku cakap dalam hati boleh masuk dalam blog lagi 1 tu. lepas sahur macam selalu aku masuk bilik je aku sumbat telinga aku dengan lagu2 dalam hp aku. selalunya aku tak tido la tapi hari ni aku leh lak tertido siap mimpi dalam mimpi lagi tu. dalam mimpi aku dengar lagu hafiz hamidun cerita hati dalam masa yang sama aku mimpi akk aku suh aku cari lagu tu dia nak tulis lagu tu, past 2 aku ingat aku cari tapi aku tak bangun and dia letak ulat kat baju aku tapi 2 pun mimpi dalam mimpi gak sebab aku jerit takde sape yang dengar. bila terjaga dalam mimpi 2 aku keluar dari rumah 2 aku nampak jiran dekat2 rumah aku. dia jiran sebelah kanan and yang tak sangka jiran sebelah kiri someone yang aku kenal kat UiTM melaka. tak sure sape. tiba2 lak aku ada kat kg aku kat rantau and ada pelancong yg nak stay umah tu, aku lari aku naik mator and aku tak tau aku kat mane. tak pernah tengok lansung, past2 bila aku patah balik tiba2 aku masuk hutan and nampak 2 orang lelaki tgk buat something, aku patah balik and aku dalam rumah orang. dalam masa cari jalan keluar 2 aku masuk dalam bilik seseorang. buka tingkap, aku nampak longkang besar yang ada air and yang lagi peliknya dalam hutan 2 tiba2 ada lak jiran. bila dengar orang nak masuk bilik aku sorok la kat sebalik almari kain. yang masuk seorang kanak2 and dia dah menoleh 2 kali kat aku tapi dia tak jerit or datang kat aku. dia senyum sorang2 macam tak nampak aku yang tengah menyorok dalam bilik dia. 

bila aku dengar suara mak ngan alang, aku paksa mata aku tuk bangun sebab dah 7.15 pagi.

Sunday, July 22, 2012

terawih..

hari nie dah masuk hari kedua umat islam di mlalaysia berpuasa..
malam tadi sempat la ikut mak aku pgegi terawih kat masjid..
lama dah aku tak pegi masjid tu.ye la masa puasa tahun lepas pun aku tak pegi terawih..
so tahun ni aku nak cuba pegi terawih penuh la tahun nie lagipun masjid sini cuma buat 13 rakaat je... kalau boleh aku nak pegi sembahyang raya gak.. Insya-Allah..
semoga dapat aku tunaikan hajat tuk puasa tahun nie....
erm.... bila lama dah tak ke masjid nie.. macam2 orang kita boleh tengok..
macam malam tadi, mugkin sebab mula puasa hari sabtu
so ramai yang pegi masjid dan kebayakkan yang pegi ialah budak2 muda..
yelah cuti so yang sekolahn luar ke keje ke mesti la amik kesempatan tuk puasa dekat rumah bila dapat cuti macam nie...
masa terawih la aku ingat masa kau kat SEMENDA dulu..
masa tu aku dah tingkatan 4dan warden asrama pun dah tukar kepada ustazah zarina masa tu..
bila puasa kitorang kena buat sembahyang terawih dekat surau je la...
budak2 lelaki kena jalan kaki pergi masjid yang tak berapa nak jauh tapi kena ikut jalan  semak dan gelap..
kalau dah namanya perempuan ramai macam manapun takde maknanya nak pegi past2 yang tak puasa kena tinggal kat asrama.. huhuhuhu.. takutje..
nak jadi cerita masa tu kena solat terawih 21 rakaat tak silap la...
sebab tak larat lagi kirong budak2 tingkatan 4 nie pun keluar la sorang semi seorang..
dengan berbekalkan alasan nak amik wuduk dan ke toilet, kami pun keluar la...
dah la keluar lama...
lepas tu boleh la pulak lepak kat dorm 4 yang sememangnya tak ramai orang, memang takde senior (pelajar tingkatan 5) apa lagi..
dengan keadaan yang gelap sebab takut kantoi... lepak la ramai2 dalam 2..
yang best nya masa tu, pantang dengar tapak kaki orang berjalan mesti semua sorok..
ada yang sorok kat dalam loker, celah2 loker dengan dinding la, bawah katil la...
takut punya pasal...
aku macam biasa la bawah katil ujung sekali kalau orang masuk mesti tak nampaknya...
tapi tu la...
memang tak kantoinya... bila dah agak lama dalam dorm 4 tu kitong pun keluar la balik tuk masuk surau nak sambung terawih yang tinggal solat witir 3 rakaat je masa tu..
yela.. dalam duk gelap2 tu kotorang masih kira berapa rakaat yang tinggal...
tapi tu la sekali dan terakhir kitorang buat kerja jahat tu....
rindu lak masa zaman sekolah... bila puasa mesti ingat cite nie... dah lama pun cite nie... aku pun dah tak jumpa diorg lagi...

Saturday, July 21, 2012

Cabaran 7hari Diet Berkesan

lama aku tak update blog nie.. malas sebenarnya  nak update tp ari nie aku nak kongsi@ simpan 7 hari diet berkesan dari majalah ramaja....So selamat membaca...

Semakin tiba ke hari bahagia, nafsu makan semakin menjadi-jadi. Aduh, stresnya! Jangan panik. Itu ialah proses biasa. Semakin kamu stres, semakin bertambah juga keinginan kamu untuk mengunyah. Kali ini rEMAJA tampilkan pelan khas menu diet sepanjang seminggu untuk kamu. lakukan secara berterusan untuk hasil yang memuaskan. Ayuh, cabar diri kamu dan bulatkan tekad. Siapa lagi nak mengubah diri kalau bukan kamu sendiri yang harus berusaha, bukan?

Hari Pertama
Semua jenis buah kecuali pisang. Untuk minuman, pilih yang sihat dan semula jadi.Hindari minuman berkarbonat atau yang mengandungi kandungan gula yang tinggi.Jus tembikai rendah kalori ialah pilihan paling tepat, oleh itu pastikan kamu kerap mengambilnya. Selain itu, kamu disarankan makan sup.

Hari Kedua
Semua jenis sayuran yang baik kecuali kacang pes dan jagung.Kamu tidak dibenarkan makan kacang  panggang dan seumpama dengannya. Makan sehingga kamu sendiri puas dengan rasa sayur itu. paling disyorkan sayuran berdaun hijau. Makanlah sebanyak mana sup yang kamu mahu.Sebelah malam pula,makan kentang putar dalam hidangan besar.Amaran penting,lupakan mentega dan mayones.Gantikan dengan sedikit garam dan lada hitam sebagai perasa.

Hari Ketiga
gabungkan menu hari pertama dan kedua. Tetapi tidak perlu kentang putar untuk pelan hari ketiga ini.Jika betul-betul mengamalkan diet ini, kamu sebenarnya sudah berjaya menurunkan berat antara dua kilogram hingga tiga kilogram. bayangkan...

Hari Keempat
Makanlah pisang dan minum susu rendah lemak.Sebaiknya ambil tiga biji pisang dan minum susu sebanyak mana yang kamu mampu. Hari ini ialah hari yang sukar dalam pusingan diet tetapi kamu harus kekal berdisiplin demi menurunkan lebih banyak lagi kilogram. Kamu juga masih tidak boleh melupakan sup dalam hidangan.

Hari Kelima
Hari untuk daging dan tomato. Kamu dibenarkan untuk makan daging putih(ikan atau ayam) antara 300 hingga 600gram,selain makan 6biji tomato segar.Tomato sebenarnya membantu mencernakan protien dari mencuci pembinaan asid urik.pengambilan
sup sudah memadai diambil sekali sahaja.

Hari Keenam
Kamu dibenarkan makan daging bersama sayur. Makanlah apa saja jenis stik kerana ia baik untuk kandungan jantung.Tetapi jangan makan kentang putar. Sebaiknya, tumpukan pada sayuran berdaun. Sup tetap menjadi pilihan untuk melengkapkan menu.

Hari Ketujuh
Makanlah nasi menggunakan beras perang.Lengkapkannya dengan jus buah-buahan kurang manis dan sayur-sayuran. Kamu masih lagi disarankan untuk mengambil sup, sekurang-kurangnya sekali sehari.

rasanya diet nie tuk bilan tak puasa... kalau time2 bulan pose nie kita tukar sikit kot cara diet nie... ikut cara diet yang diberi macam makan dan minuman yang dicadangkan tetapi makan masa berbuka la....

Sunday, May 13, 2012

bosan

hari yang sangat bosan....
xtau nak watpe selain baca komik on9...
hari nie penambahan bilangan hari bosan aku duk umah..
bila la aku nak dpt keje nie...
giler bosan duk umah nie...
tiap hari wat benda yg sama...
aku harap sgt audit nie aku dpt...
hari nie kepala aku sakit sangat...
dah la berita kt tv pun tah pe2 tah..
xabes2 pasal isu politik...
penat aku dgr...
aku tau la nak undi x lama lg...
brita byk cite pasal gov. pun xguna gak..
budak2 yg dah gelap minda ssh nak caya..
diorg akn ckp...
1) ala bohong je semua 2... helah semata2..
2)cover je semua 2...blkg len ckp nya...
dan macam2 lagi la...
aku bukan la minat pasal politik nie...
tp aku masih boleh pkir mana yg patut..
mana yg xpatut...
macam isu PTPTN...
xpaham la aku ngan budak2 U nie...
kenapa nak mansuh PTPTN...
igat senang ke nak cari duk nk bagi korang 2...
semua nak percuma je....
kalau macam 2..
bina negara sendiri la wei....
dah bagi pinjam bayar la balik...
nie nak sokong je tanpa pikir panjang...
pikir la anak2 korang nnt...
nama budak U... blaja je tinggi...
tolong la guna akal fikiran korang yang bijaksana 2....
jgn igt nak senang je..
aku pun pinjam duit PTPTN gak..
tp aku tak tepikir nak suh mansuh PTPTN 2...
aku dah pinjam kena la aku bayar balik..
dalam islam pun suh kita pulangkan barang yg kita pinjam...
dah la yuran pengajian pun gov. tanggung separuh...
bagi lg pinjam dr PTPTN@MARA@seangkatannya...
nie nak ikut org2 yg begitu..
klu pikir balik... diorg bukan nk bntu masa depan korang...
rp nak gunakan korang...
PIKIR LA SEMUA WAHAI KAUM BELIA YG RASA DIRI DAH TERPESONG...

Monday, March 12, 2012

kisah aku

ari ni isnin so sok result kastam kuar..
dalam ati??
xtau nk tulis camne..
kdg2 rasa cam xdapat je.
tp aku harap sgt aku dpt..
sebab??
1--- aku nak sgt jd kastam.
2--- aku xtak duk umah lagi..
3--- bosan lama2 xwatpe2.
bila aku pikir2 balik.
mgkin xpat...
sebab...
masa exam aritu xcukup masa( math)..
jawap merapu (esei BI)...
xde keyakinan tuk dapat jawatan 2 @ g second interview...
argh.............argh...............argh.........
aku bosan nak dgr org tanya bila nak keje........
igat aku nak sgt duk umah nie lama2...
aku g bosan....
xserasi tuk aku.. argh........argh.....
hanya doa je la skrg nie....
aku harap sgt aku lepas exam ari 2...

Friday, February 10, 2012

tak faham...

hi...
makin malas betul aku nak update...
nie nk tulis sbb cikgu..
dari dulu sampai bila2 pun aku xpaham ngan org yg begelar cikgu@ustaz/ustazah@lecture..
kenapa??
kenapa la cikgu nie ssh nk lepaskan dgn student diorg balik cepat...
ye la..
balik awal la bila xde benda nk buat lgi dlm erti kata lain..
bila diorg sendiri x masuk kelas....
cam semalam..
aku g amik ank buah aku kt sekolah ( sebelah ptg)...
bdk2 tgh belari2 kt luar masa time blaja....
n cikgu pun ad..
yg aku x paham 2..
diorg ada tp x masuk kelas...
past 2 biarkan budak2 main kt luar kelas...
n dlm masa yg sama dlm kawasan org tgh buat ubah suai( walaupun tgh tukar pintu)
ttp bahayakan budak2 jugak..
ye la... paku n budak2 tgh berlari2..
pe la salahnya lepaskan budak2 nie balik awal..
lagi 1...
kenapa la diorg x wat kelas kt tempat lain...
camne pun nasib baik xde sape2 yg cedera...
aku mmg xkan paham cikgu2 dlam dunia nie....
harap2 aku x akn kawin dengan insan yg bergelar cikgu...
sekian...

Friday, January 20, 2012

kastam

since last semester kt melaka lagi
aku ad ckp ngan kengkawan aku yg aku nk jadi kastam..
kenapa kastam??
aku xtau la kenapa..
xtau nk terang cmne..
so abes je study cam student2 len..
nk cari keje ngan gov la...
bukak spa daftar nk select la a few jobs..
and one of them is kastam...

after a few month..
lebih tepat lg this week..
aku dpt surat yg aku kena g seremban..
tuk apa???
tuk amik test for pegawai kastam..
hehehehe...

happy??
happy gak la kan..
tp xtau aku leh waat ke x....
ad 4 section nnt..
first... general knowledge @ pengetahuan am yg patut ad as a Malaysian..
second.... calculation... erm this one math tuk sek men tp bila dh lama tggl sek men tentu la xbape nk igat lg.... try harder
third and forth is essay Malay and English.. gabra la nk wat esei, dh lama x pegang pen...

hopefully i can do this exam...
study.....
study.....