erm... cinta dan perkahwinan.. 2 perkara yang memang akan ditanya pada anak gadis bila berusia 20 keatas.. bagi aku tu soalan yang paling aku taksuka dan menyampah sangat. sebab apa?? sebab aku tak caya dengan 2 perkara tu. dua-dua memerlukan pengorbanan yang besar serta kita kena fokus. erm... aku belum bersedia untuk semua tu aku baru 24 tapi bila anak sedara aku yang baru 22 tahun tu dah kawin buat aku sakit telinga sebab sepupu aku ada yang tanya pasal benda 2 and ada yang kata aku kawin lagi 3 tahun. argh.. tak hingin aku.. banyak yang aku nak capaidulu.. aku nak cari kerja nie.. banya benda yang aku nak buat kalau aku dah keje.. sekarang nie aku nak cari duit je dulu.. tengah cari modal nak wat business. aku nak ajak k.intan sekali.. aku mungkin baca novel cinta, tengok cite cinta tapi aku tak rasa aku benda macam tu akan wujud dalam diri aku... aku nak rapatdengan lelaki mungkin senang tp nak rapat lebih memang tak pat la.. aku kawan dengan budak lelaki memang tak akan lama..aku nie dah la jenis yang cepat bosan dengan sesuatu. sebab tu la aku rasa aku tak sesuai dengan 2 benda tu. andai kata suatu hari nanti tuan empunya tuan kepada tulang rusuk kiri (aku la tu) yang patah ini muncul. berharap la dia boleh cairkan hati aku, boleh buat aku kut cakap dia, boleh patahkan setiap ayat yang keluar dari mulut aku and yang paling penting dia tahu batas yang ada. erm... ada ke lelaki macam tu sekarang nie? dalam cerpen ngan novel je kot lelaki macam tu.. bia la.. malas aku nak pikir.sekarang nie nak fokus pada diri sendiri je.. biarlah aku macam nie.. hehehehe... wait and see ye....
Friday, July 27, 2012
Thursday, July 26, 2012
kisah ramadan
hari ni dah masuk hari yang ke 6 umat islam berpuasa tapi aku baru 1 hari.. hehehehe.. gelak baiknya kan tapi rugi aku tahun nie baru je sekali aku g terawih kat masjid dah tak pat nak pegi lagi.. erm... bosan betul duk umah malam2 bila bulan pose nie... sebab bosan aku mulakan hobi baru iaitu menulis cerita (mungkin boleh la cakap novel). aku buka blog baru guna email rasmi aku then aku taip la apa yang ada dalam otak aku. baru je lagi. baru 2 kali aku post sebab aku tak nak kembangkan ayat macam mana.
hari ni gak aku rasa sangat pelik kerana apa, aku sendiri pun tak tau. macam nie, malam tadi aku ada mimpi something and aku terjaga sekejab tapi tak buka mata, aku cakap dalam hati boleh masuk dalam blog lagi 1 tu. lepas sahur macam selalu aku masuk bilik je aku sumbat telinga aku dengan lagu2 dalam hp aku. selalunya aku tak tido la tapi hari ni aku leh lak tertido siap mimpi dalam mimpi lagi tu. dalam mimpi aku dengar lagu hafiz hamidun cerita hati dalam masa yang sama aku mimpi akk aku suh aku cari lagu tu dia nak tulis lagu tu, past 2 aku ingat aku cari tapi aku tak bangun and dia letak ulat kat baju aku tapi 2 pun mimpi dalam mimpi gak sebab aku jerit takde sape yang dengar. bila terjaga dalam mimpi 2 aku keluar dari rumah 2 aku nampak jiran dekat2 rumah aku. dia jiran sebelah kanan and yang tak sangka jiran sebelah kiri someone yang aku kenal kat UiTM melaka. tak sure sape. tiba2 lak aku ada kat kg aku kat rantau and ada pelancong yg nak stay umah tu, aku lari aku naik mator and aku tak tau aku kat mane. tak pernah tengok lansung, past2 bila aku patah balik tiba2 aku masuk hutan and nampak 2 orang lelaki tgk buat something, aku patah balik and aku dalam rumah orang. dalam masa cari jalan keluar 2 aku masuk dalam bilik seseorang. buka tingkap, aku nampak longkang besar yang ada air and yang lagi peliknya dalam hutan 2 tiba2 ada lak jiran. bila dengar orang nak masuk bilik aku sorok la kat sebalik almari kain. yang masuk seorang kanak2 and dia dah menoleh 2 kali kat aku tapi dia tak jerit or datang kat aku. dia senyum sorang2 macam tak nampak aku yang tengah menyorok dalam bilik dia.
bila aku dengar suara mak ngan alang, aku paksa mata aku tuk bangun sebab dah 7.15 pagi.
Sunday, July 22, 2012
terawih..
hari nie dah masuk hari kedua umat islam di mlalaysia berpuasa..
malam tadi sempat la ikut mak aku pgegi terawih kat masjid..
lama dah aku tak pegi masjid tu.ye la masa puasa tahun lepas pun aku tak pegi terawih..
so tahun ni aku nak cuba pegi terawih penuh la tahun nie lagipun masjid sini cuma buat 13 rakaat je... kalau boleh aku nak pegi sembahyang raya gak.. Insya-Allah..
semoga dapat aku tunaikan hajat tuk puasa tahun nie....
erm.... bila lama dah tak ke masjid nie.. macam2 orang kita boleh tengok..
macam malam tadi, mugkin sebab mula puasa hari sabtu
so ramai yang pegi masjid dan kebayakkan yang pegi ialah budak2 muda..
yelah cuti so yang sekolahn luar ke keje ke mesti la amik kesempatan tuk puasa dekat rumah bila dapat cuti macam nie...
masa terawih la aku ingat masa kau kat SEMENDA dulu..
masa tu aku dah tingkatan 4dan warden asrama pun dah tukar kepada ustazah zarina masa tu..
bila puasa kitorang kena buat sembahyang terawih dekat surau je la...
budak2 lelaki kena jalan kaki pergi masjid yang tak berapa nak jauh tapi kena ikut jalan semak dan gelap..
kalau dah namanya perempuan ramai macam manapun takde maknanya nak pegi past2 yang tak puasa kena tinggal kat asrama.. huhuhuhu.. takutje..
nak jadi cerita masa tu kena solat terawih 21 rakaat tak silap la...
sebab tak larat lagi kirong budak2 tingkatan 4 nie pun keluar la sorang semi seorang..
dengan berbekalkan alasan nak amik wuduk dan ke toilet, kami pun keluar la...
dah la keluar lama...
lepas tu boleh la pulak lepak kat dorm 4 yang sememangnya tak ramai orang, memang takde senior (pelajar tingkatan 5) apa lagi..
dengan keadaan yang gelap sebab takut kantoi... lepak la ramai2 dalam 2..
yang best nya masa tu, pantang dengar tapak kaki orang berjalan mesti semua sorok..
ada yang sorok kat dalam loker, celah2 loker dengan dinding la, bawah katil la...
takut punya pasal...
aku macam biasa la bawah katil ujung sekali kalau orang masuk mesti tak nampaknya...
tapi tu la...
memang tak kantoinya... bila dah agak lama dalam dorm 4 tu kitong pun keluar la balik tuk masuk surau nak sambung terawih yang tinggal solat witir 3 rakaat je masa tu..
yela.. dalam duk gelap2 tu kotorang masih kira berapa rakaat yang tinggal...
tapi tu la sekali dan terakhir kitorang buat kerja jahat tu....
rindu lak masa zaman sekolah... bila puasa mesti ingat cite nie... dah lama pun cite nie... aku pun dah tak jumpa diorg lagi...

Saturday, July 21, 2012
Cabaran 7hari Diet Berkesan
lama aku tak update blog nie.. malas sebenarnya nak update tp ari nie aku nak kongsi@ simpan 7 hari diet berkesan dari majalah ramaja....So selamat membaca...
Semakin tiba ke hari bahagia, nafsu makan semakin menjadi-jadi. Aduh, stresnya! Jangan panik. Itu ialah proses biasa. Semakin kamu stres, semakin bertambah juga keinginan kamu untuk mengunyah. Kali ini rEMAJA tampilkan pelan khas menu diet sepanjang seminggu untuk kamu. lakukan secara berterusan untuk hasil yang memuaskan. Ayuh, cabar diri kamu dan bulatkan tekad. Siapa lagi nak mengubah diri kalau bukan kamu sendiri yang harus berusaha, bukan?
Hari Pertama
Semua jenis buah kecuali pisang. Untuk minuman, pilih yang sihat dan semula jadi.Hindari minuman berkarbonat atau yang mengandungi kandungan gula yang tinggi.Jus tembikai rendah kalori ialah pilihan paling tepat, oleh itu pastikan kamu kerap mengambilnya. Selain itu, kamu disarankan makan sup.
Hari Kedua
Semua jenis sayuran yang baik kecuali kacang pes dan jagung.Kamu tidak dibenarkan makan kacang panggang dan seumpama dengannya. Makan sehingga kamu sendiri puas dengan rasa sayur itu. paling disyorkan sayuran berdaun hijau. Makanlah sebanyak mana sup yang kamu mahu.Sebelah malam pula,makan kentang putar dalam hidangan besar.Amaran penting,lupakan mentega dan mayones.Gantikan dengan sedikit garam dan lada hitam sebagai perasa.
Hari Ketiga
gabungkan menu hari pertama dan kedua. Tetapi tidak perlu kentang putar untuk pelan hari ketiga ini.Jika betul-betul mengamalkan diet ini, kamu sebenarnya sudah berjaya menurunkan berat antara dua kilogram hingga tiga kilogram. bayangkan...
Hari Keempat
Makanlah pisang dan minum susu rendah lemak.Sebaiknya ambil tiga biji pisang dan minum susu sebanyak mana yang kamu mampu. Hari ini ialah hari yang sukar dalam pusingan diet tetapi kamu harus kekal berdisiplin demi menurunkan lebih banyak lagi kilogram. Kamu juga masih tidak boleh melupakan sup dalam hidangan.
Hari Kelima
Hari untuk daging dan tomato. Kamu dibenarkan untuk makan daging putih(ikan atau ayam) antara 300 hingga 600gram,selain makan 6biji tomato segar.Tomato sebenarnya membantu mencernakan protien dari mencuci pembinaan asid urik.pengambilan
sup sudah memadai diambil sekali sahaja.
Hari Keenam
Kamu dibenarkan makan daging bersama sayur. Makanlah apa saja jenis stik kerana ia baik untuk kandungan jantung.Tetapi jangan makan kentang putar. Sebaiknya, tumpukan pada sayuran berdaun. Sup tetap menjadi pilihan untuk melengkapkan menu.
Hari Ketujuh
Makanlah nasi menggunakan beras perang.Lengkapkannya dengan jus buah-buahan kurang manis dan sayur-sayuran. Kamu masih lagi disarankan untuk mengambil sup, sekurang-kurangnya sekali sehari.
rasanya diet nie tuk bilan tak puasa... kalau time2 bulan pose nie kita tukar sikit kot cara diet nie... ikut cara diet yang diberi macam makan dan minuman yang dicadangkan tetapi makan masa berbuka la....

Subscribe to:
Posts (Atom)